Tuesday, April 20, 2010

RINDU DIA

Minggu ni sangat2 lah windu kt en centa..tapi kena tahan je sbb ngah final exam...bila windu ingat je kt dia cepat2 kol ma..hehhehe ckp ngan ma xbleh kol abg..sbb ngah exam..ma gelak jer...yelah ma pun fhm, sbb dulu pun dia pernah melalui zaman ni cintan cintun...walau apa pun nurul berdoa agar nurul dapat merasai nikmat rindu ni dalam ikatan yang diredhai nyer...amin..

Wednesday, April 14, 2010

TERHARUNYE.!

"ABANG SELALU RASA NURUL MEMANG DICIPTAKAN UNTUK ABANG"..hehe so sweet kan cik abg centa saya mengayat saya..tp ni ayt boleh pakai maa saya yakin...huhu

Thanks abg 4 everything..nurul syg abg..smg perancangan kita sama dgn perancangan DIA..

Monday, April 12, 2010

TAG UNTUK ABANG SYG :CIK FAZLI TERCINTA


Pengantin dan yang dah menjadi Suami Isteri
Langkah Bestari Suami Mithali 

 


1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda

adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat

positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib

memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.


5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua

isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang

ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang

mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam

perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati

semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri

bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. INI ADALAH SUNNAH yang dapat meringankan

beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12 AMALAKAN MEETING KLUARGA SEKERAP MGKIN. Amalan bermesyuarat

menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.

Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan

tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. ELAKKAN CAKAP X SERUPA BIKIN.

15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan

suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16 JADILAH PENAWAR HATI ISTERI. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan

peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga

patuh kepada Tuhan.

18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja

ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang

menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.

Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan

sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah

tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum,

isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon

ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang
fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,

penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga,

ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil

kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,

bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba

hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad

amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli

keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati

dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap

perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa

beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga

berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37 Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang

baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38 Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke

arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39 Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik

tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40 Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,

lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan

isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan

pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri

benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi

bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan

pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46 Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti

senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47 Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan

gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48 Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat

sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49 Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di

rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. SABAR DGN ORG/KWN..SABARLA JGK DGN ISTERI. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50 Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,

berdiet, HENTIKAN MEROKOK..,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


HOPE N HOPE N HOPE..

 

Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

 melly geoslow feat amee

sountrack filem kcb

may Allah bless us.. bring us for the happiness.. lets our dreams come true..nothing to say..hope its same which us decided..nurul sayang abang =)

Sunday, April 11, 2010

SAKITNYE LAH PERASAAN NI


Entah nape hari ni perasaan aku serba tak kena bwat itu tak kena bwat ini xkena..macam nak nangis pun ada...xsukanye lah rasa mcm ni....nak cakap ingat kat abang mungkinlah..tapi tu lah susahnyelah mcm ni...cinta memang sakit kan...ya Allah ya tuhanku kuatkan lah semangat aku untuk menghadpi semua ini...berikanlah aku kekuatan ya allah dan engkau permudahkanlah urusan kami ya Allah..em tadi call abang tapi abang nak kuar plak g Pd bawa family dia ..nasib xnangis tadi..

Walau apa pun saya tak suka berada dalam perasaan ni apa ubat nye eh??hehehe of coz lah K.A.W.I.N...kuang2

INILAH YANG DINAMAKAN CINTA

Em masa tulis entry ni  baru je habis borak ngan abg...sedih rasa kadang2 nk letak fon...hehehe adakah ini yang dinamakan cinta,..(nabil kata lu pikirlah sendiri...) lambatnye lah lagi nak kawin ngan abg...camne eh nak buat bagi ma kasi kawin awal2 ni..sangat2 susah...

Susah nyelah nak tanggung semua ni...tapi kena sabar..abang kata i allah kalau kita bwat sesuatu kerana Allah dia pasti akn bantu kita..ya Allah permudahkanlah urusan kami ya Allah...

Abang selalu tanye, NURUL SAYANG ABG TAK NI?...dengan selamba nurul jawab TAK...hehehe sangat2 nakal loh.saya memng suka buli abang kesian dia..sabar eh abg..mestilah sayang kan klu tidak xkanlah camni....em saktnyelah rasa perasaan ni..

Em nanti klu dah ada anak bila anak perm saya kata nak kawin, n selepas tgok pasangannya klu baik berakhlak saya akan teruskan kawinkan anak saya, xkira dia tengah belajar ke pe ke...nak ubah mentaliti orang sekarang memang susah..tapi zaman sekarang dah lain...bukan macam dulu dah...jadi bila anak2  kata nak kawin baiklah benarkan daripada duk sibuk bercinta xtentu arah...adesh teremosi plak...kiki

Apa2 pun saya selalu berdoa agar dipermudahkan urusan kami...dipermudahkan jalan bagimu, dilembutkan hati kedua ibu bapa kami...KAWIN KAWIN KAWIN KAWIN DAN KAWIN...


Saturday, April 10, 2010

BILA AKAN KU RASAI NIKMAT INI?


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti
tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi
yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai
Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan
dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan,
tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.
Yakinlah pada Tuhan...

Insyaallah akan datang SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN JODOH KAMI..FAZLI FARRHANA

Friday, April 9, 2010

THANKS ABG SYG


Semalam sweet sgt saya ngan cik abg centa saya g putrajaya, kesian kt dia dahlah kerja malam pastu siang kena anta saya g putrajaya plak..coz de interview ckit ngan pegawai kt jbtn peguam negara..after interview tu dpt call plak kena g interview kt zuri&co tuk praktikal chambering..terpaksa susahkan cik abg centa saya lagi..em sgt2 kesian kt dia tak cukup tido..by the way he always said: 4 nurul anything i'm will do..so sweet hope its truly come from indeep heart...n also after married like that..tapi saya percaya abg ikhlas...em sebelum balik ukm g alamanda dulu mam..pastu balik ukm abg rest kt masjid n 4.15 p.m gerak g firm zuri..dah lah sesat..heheh tapi xpe ok je..abg saya memang baik, sgt ensem sgt gorgeous, sgt kacak...( puji2 lebih ckit hehehe)..

saya g interview cik abg centa g solat pastu after interview saya turun dia tggu saya kt bawah..sgt2 sabar..abg tanye cmne interview..hehehe saya jawab ok jer..ok sokmo..dia kata i allah dapat tu klu de rezeki xkemana...pastu dia byk bagi sy semangat..adoiyai sgt2 terharu dgn dia..pstu balik ukm..abg tanye exam bila?19 kan..em degree yup dip saturday ni..em ok abg xyah call syg 2 hari ni..focus on ur study..ok abg..em sampai kolej cik abg centa saya cam sedih jerk..hehehe ;'kan best klu dh kawin'...dia katalah..sy pun sedih gak sbb t dh busy final degree plak....

Ya allah permudahkanlah jln bagi kami ya allah..permudahkanlah urusan kami...saya selalu doa lps solat.ameeenn.=)

Thursday, April 8, 2010

KU BAHAGIA

Di atas bumi ini ku berpijak
pada jiwa yg tenang di hatiku
tak pernah ada duka yg terlintas
ku bahagia..

ingin kulukis semua hidup ini
dgn cita dan cerita yg terindah
masa muda yang tak pernah kan mendung
ku bahagia..

dalam hidup ini
harungi semua cerita indahku
saat saat remaja yg terindah
tak bisa terulang
ku ingin nikmati
segala jalan yg ada di hadapku
kan ku tanamkan cintaku kasihku..
agar ku bahagia.....


p/s: semalam dengar lagu ni em rasa macam best lak, i'm dedicate 4 my futher husband...thanks a lot 4 make  me always over da moon..=)

Wednesday, April 7, 2010

BUAT PERMULAANNYA..DARI KU UNTUKMU

Em xdapat nak gambarkan perasaan ni betapa rasa bersyukur sangat2 pada Allah sebab hadirkan insan yang sangat menyanyangi diri yg serba kekurangan ini, setelah bermacam2 dugaan yang saya lalui untuk mencari 'mr right' saya akhirnya alhamdulilah Allah telah temukan saya dengan dia, ya dia FAZLI SABTU...Allah tu maha berkuasa Dia sangat mendengar permintaan hambanya..dan yang paling penting Dia Maha Mengetahui apa yang hambanya perlukan..walaupun kadang2 saya rasa saya xlayak untuk insan sebaik dia ..but i wii try to make better than better..

Bermacam2 dugaan saya lalui demi mencari mr right saya, yang boleh bimbing saya ke arah kebaikan hidup di dunia dan di akhirat, saya terlalu sedih jika kenangkan suka duka dulu, hanya ma yang mengetahui apa yang saya rasa...walau pun dia orang pertama yang bwat saya kenal cinta tapi saya kena akur dgn ketentuan nya..dia bukan yang terbaik untuk saya...dan akhirnya kini...Allah telah hadirkan pada saya seorang insan yang sngat menyayangi saya, menerima seadanya saya, saya dapat rasakan kejujuran cintanya pada saya..

Terima kasih abang, terima kasih atas segalanya, nurul berjanji nurul akan beri abang segenap kebahagiaan selagi hayat nurul ada, selagi kita dijodohkan bersama nurul akan jaga cinta kita, kalau abang pernah kata ABANG SAYANGKAN NURUL LEBIH DARI DIRI ABANG, nurul lagi2 lah abang kerana selama ni nurul xpernah temui lelaki yang hadir denga setulus kasih sayang itu...kata2 abang malam tadi 7/4/2010 terpahat dalam memory nurul sampai bila2.....

Apa yang nurul harap kita akan disatukan dengan ikatan yang diredhaiNya..dipermudahkan jalan baginya..terima kasih abang..TERIMA KASIH DI ATAS SEGALANYA...


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari...
Dia datangkan petir dan kilat...
Kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar...
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...^___^ "
that's my mr pelangi...
cik abg centa sy..

p/s:touching habis masa wrote post ni...bergenang air mata, xtawlah nape terharu sangat..